salji

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

SYUKRAN

Saturday 2 June 2012


PANTUN AGAMA

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Sang puteri pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang

sajak ibu bapa


Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian
Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu
Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan
Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami

Friday 25 May 2012

sunat

ASSALAMUALAIKUM 

ESOK SAYA SUNAT SAYA NAK SEMUA ORANG DOAKAN SAYA




BUBYE
SELAMAT BERCUTI

Saturday 25 February 2012

tak bercakap dengan abang

TAK BER CAKAP DENGAN ABANG

MASA TU NAK PERGI SURAU

PASTU AJEEM DAH TAK SABAR NAK PERGI SURAU

ABANG MENJERIT ABANG CAKAP ENJIN TAK PANAS LAGI LA

PASTU HARI RABU ABANG YANG CAKAP ABANG CAKAP NAK MAKAN KE TAK

AJEEM PUN DATANG TAK MAKAN BANYAK SANGAT 

PADA HARI KHAMIS MAK DAH TAU PASTU MAK SURUH MINTA MAAF PASTU AJEEM TAK 
MAAF

PADA HARI JUMAAT PULAK DAH 
BERKAWAN DAH

DAH HABIS CERITA NYA

        TAMAT                                                                          

Friday 27 January 2012

wan


copy dari kakak punye blog. hehe :D

assalamualaikum wbt :)

harini, 28 januari 2012. sekejap je dah nak habis bulan januari kan? lepastu nanti februari, then mac. ape ade dgn bulan mac? errr tkde pape kot. hihi.

erm, sekejap je dah 2 bulan arwah abang pergi tinggalkan aku, tinggalkan semua orang. sedih tu tak hilang lagi. sehari kalau tak sebut name arwah, tak sah. setiap hari mesti ade je sape sape yg mcm teringat ke, sebut ke, ape ke. lagi lagi sekarang semua ade kat rumah. abang ade, aku ade. so, mcm, still terasa incomplete. mak n abah, haihhh tak payah cakap la. ade angin nye. tibe suatu hari, tak bercakap, diam aje. muke pun muke sedih je. aku mcm, haishhhh, taktau nak cakap macam mane. aku dah penat nanges. skrg, aku cube tahan airmata untuk keluar. sbb, tak elok kan meratapi kematian orang. sbb, kematian itu memg pasti. cuma cepat atau lambat je kite tak tahu.

mak abah sangat sedih. yelah, anak kan. sape tak sedih. lagi sedih bile time arwah abang hembuskan nafas terakhir tu, takde sape sape di samping die. yang ade cume doktor doktor, nurse nurse. mak abah nak masuk tgk abg, diorg tak bagi. katenye, doktor tgh check. so tak boleh tengok. arwah abang memg nak jmpe mak. arwah abang tak sempat jumpe mak. mak datang hosp sebelum pukul 4 (waktu melawat), tp, mak nak masuk, doktor n nurse tak bagi. bnyk kali mak try mntk kat nurse, nak masuk tgk abg, tp, diorg still tak bagi. mak abah and sedare sedare yg kat hosp, semua tunggu je info dari doktor or nurse. tp harapan. sorg pun takde bgtau keadaan abg mcm mane.

pukul 9.05pm, dekat ruang lobi luar ICU;
doktor; siape waris muhammad hazwan?
abah n mak bangun, and pergi ke arah doktor
doktor; kami dah cube sedaya upaya bla bla bla

abah n mak terus masuk tgk abg, yang dah bertutup dgn kain putih. mak n abah hanya mampu melihat, cium, airmata membasahi pipi mereka. aku yg time tu otw nak ke hosp, dgn abg 1st, memg terkejut gile. abg yg tgh drive, menjerit kuat gileeeeeeeeeee. aku mcm, blurr sekejap. aku mcm, 'ape yg dah jd ni'. time tu, hanya Dia yg tahu prasaan aku mcm mane. then, abg dah tak boleh drive, kitorg naik teksi, pergi hosp. smpi hosp, abah peluk aku n abg. dekat luar ICU tu, dah ramai makcik makcik, sedare, and kawan kawan arwah abg. sgt ramai. semuanye berlaku sekelip mata. sangat sekejap. sangat sangat. tak sampai seminggu pun arwah abg demam, n disyaki denggi. dekat ICU pun, abg ok je. sihat walafiat. sihat. org lain yg dekat ICU tu, ade yg mcm, dah teruk sgt. hanya gune bantuan mesin je. tp, abg aku yg nmpknye sihat tu, rupe rupenye, sebaliknye. ya Allah, airmata aku tak berhenti, tgk abg, yg dah tak bukak bukak matanye. keras, sejuk. sedihh. aku dah hilang seorang abg :'(

tp, apakan daya, mati itu pasti. aku kuatkan diri. cuba. cuba. aku slalu terfikir, ape yg arwah abg tgh buat skrg, dekat bawah tu. aku slalu terbayang wajah die, senyum die, gelak tawa die. mak abah, pun, mesti lagi terasa. sebab diorg jage abg slame 21 tahun. siapa tak terasa kehilangan die. sebelum arwah abg pergi, die sempat mntk kat abah, nak air jambu. abah pun cepat cepat belikan, and bg abg minum. abah ckp, habis abg minum air tu. macam org sihat. tak mcm org sakit pun. mcm biase die minum sihat sihat dulu. arwah abg memg suke air jambu. alhamdulillah, sempat die minum. tp, arwah abg tak sempat jumpe makk :'(

gambar atas ni, aku jumpe dalam pendrive. time tu bosan, so tgk gambar gambar dalam pendrive, ditemani ajeem. hehe. hm, time ni, arwah abg kurus lg. hazeem pun kecik je lg. comel je botak. haha. time ni dekat rnr tapah, otw balik kampung. balik bertujuh. tp tak ingat la time ni tahun bile. arwah abg belasan tahun lg kot. maybe baru lepas spm. huuuuu rindunyeeee :'(

tkpelah, aku redha. ini semua dugaan yg Allah bg dekat aku and keluarga aku. sbb Dia tahu, kami semua mampu menghadapinye. semoga arwah abg, muhammad hazwan bin norazmi, ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman. AMIN. insyaAllah, akan bertemumu di syurga kelak :')

wan, ajeem rindu wan. semua orang kat rumah ni rindu wan :'(

Saturday 21 January 2012

bosan giler

saya bosan sangatsangat tak best langsung kalau wan ade kan best

Sunday 8 January 2012